Siakap Keli
kampung hilang 2054
Kredit: Mirror UK

Kisah Seluruh Penduduk ‘Terperangkap’ Di Perkampungan Yang Bakal Hilang Pada 2054

Mengimpikan kehidupan dalam suasana yang damai, Bev Wilkins memutuskan untuk berpindah ke sebuah kawasan terpencil di tepi pantai 18 tahun lalu.

Demi impian itu, Bev menjual rumah lamanya dan kini tinggal di Fairbourne, sebuah perkampungan yang hanya mempunyai 450 buah rumah yang terletak di North Wales.

Biarpun mempunyai kawasan yang indah, kedudukan kampung itu yang hanya tinggi sedikit dari paras laut membuatkan penduduk kampung terpaksa membina ‘kubu’ untuk mengelakkan penempatan mereka ditenggelami air.

Namun, gara-gara perubahan iklim, majlis perbandaran merancang untuk menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan pertahanan pantai menjelang 2054.

Perkampungan yang dilindungi tembok, tebing dan saluran perparitan itu dijangka ‘hilang’ pada 2054 berikutan ancaman peningkatan paras laut.

Malah, penempatan dan infrastruktur tempatan bakal dihentikan operasi, memaksa penduduk untuk berpindah ke tempat baru yang lebih selamat.

Pun begitu, kebanyakan mereka kini hilang arah tuju dan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk berpindah ke lokasi baru.

“Ke mana kami harus pergi? Siapa yang akan bayar untuk itu? 99 peratus penduduk kampung tidak mempunyai wang untuk membayar rumah baru. Saya tidak mampu,” kata Mike Thrussell, 65 yang telah tinggal di situ sejak 40 tahun lalu.

Tambahnya, penduduk lain di pesisiran Britain turut bakal terancam dengan perubahan pantai yang pantas.

Laporan jawatankuasa kerajaan tempatan mengenai perubahan iklim pada 2018 mendapati hampir 530,000 hartanah terancam di pantai negara itu.

Malah, sebanyak 1.5 juta buah rumah berisiko ditenggelami banjir menjelang 2080 dengan 100,000 yang lain diancam hakisan pantai.

Kredit: Mirror UK

Sumber: Mirror UK

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.