Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

KKM Nasihat Sambut Hari Raya Secara Tertutup Di Rumah, Lindungi Keluarga Dari Jangkitan Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan seluruh umat Islam di negara ini untuk menyambut perayaan Aidlifitri yang akan menjelang kurang dua minggu lagi, secara tertutup di rumah masing-masing.

Menurut KKM, tindakan ini adalah sebagai satu usaha bagi setiap individu untuk melindungi ahli keluarga mereka terutamanya golongan yang berisiko tinggi dijangkiti  wabak Covid-19 seperti warga emas.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan aktiviti ziarah- menziarahi pada hari raya pertama dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Baca: KKM Tak Galakkan Pelawat Datang Ke Rumah, 20 Orang Maksimum Yang Dimaksudkan Hanya Ahli Keluarga Tetapi Masih Perlu Penjarakan Sosial

Namun, setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.