Siakap Keli
Gambar: Google

Malaysia Paling Banyak Jalankan Ujian Saringan COVID-19 Di Antara Negara Asean – KKM

Kita semua tahu bahawa usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini masih lagi giat dijalankan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Masyarakat hanya perlu patuh dan ikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berkenaan wabak tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan di Twitter berkaitan dengan jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah dilakukan sehingga 15 Mei 2020.

“Sehingga 15 Mei, KKM telah menyaring 424,306 individu yang mana 6,855 didapati positif dan 417,451 adalah negatif,” kata KKM.

Hal ini menjadikan kadar positif adalah sebanyak 1.62%. Manakala bilangan individu yang disaring adalah 13 bagi 1,000 orang populasi dan menjadikan Malaysia sebagai negara Asean yang paling banyak melakukan ujian saringan COVID-19.

“Ini menunjukkan Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan COVID-19 yang paling banyak di antara negara Asean. Saringan COVID-19 ini dijalankan secara tertumpu kepada kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus itu,” kata KKM lagi.

Sumber: KKM

Adib Mohd

Nur Farra