Siakap Keli

Orang Ramai Diminta Berhati-hati, Lelaki Menyamar Setiausaha Politik KKR Untuk Penipuan – KKR

Jika dilihat keadaan sekarang, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan segelintir rakyat Malaysia terjejas pendapatannya.

Namun, tidak dinafikan juga ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan ini dengan menipu orang ramai.

Menerusi kenyataan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) di laman sosial Twitter, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati selepas pihak kementerian itu telah menerima aduan berkenaan seorang lelaki yang menyamar sebagai Setiausaha Politik KKR dengan tujuan untuk menipu orang ramai.

Lelaki tersebut dikatakan menipu orang ramai dengan menggunakan surat pelantikan palsu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan surat palsu Kerajaan Negeri Sarawak.

Berikut kenyataan lanjut yang dikeluarkan oleh KKR mengenai isu ini.

Gambar: KKR

Sumber: KKR

Adib Mohd

Nur Farra