Siakap Keli

Saintis Temui Haiwan Pertama Di Bumi Boleh Hidup Tanpa Bernafas, Menumpang Dalam Badan Ikan

Kredit: Google

Biar betul, ada haiwan yang tidak bernafas? Nampak mustahil, tapi tidak bagi parasit bernama Henneguya salminicola ini.

H. salminicola merupakan haiwan multisel pertama di Bumi setakat ini yang dikenalpasti boleh hidup tanpa bernafas.

Ia tidak mempunyai genom mitokondria, sebahagian DNA yang terkandung di dalam mitokondria haiwan merangkumi gen yang berfungsi untuk pernafasan.

Menurut kajian diterbitkan Prosiding Akademi Sains Nasional, parasit ini tidak memerlukan pernafasan aerobik yang memerlukan oksigen untuk terus hidup.

Parasit yang berkait rapat dengan spesies obor-obor, Myxozoa ini sering tinggal di dalam isi ikan seperti salmon untuk kelangsungan hidup.

Ekoran itu, organisma ini dipercayai telah berevolusi dan mampu hidup dalam kekurangan oksigen selain mendapatkan tenaga daripada haiwan ditumpangnya.

Kewujudan H. salminicola menyebabkan penyakit dipanggil tapioca disease, sejenis penyakit sista pada isi ikan. Namun secara umumnya, ia tidak membahayakan ikan dijangkiti dan manusia.

Kredit: Wikipedia

Sumber: Live Science, USA Today

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.