Siakap Keli
Gambar: airtangan_tunkuazizah

“Tak Boleh Dekat-Dekat…Social Distancing,” Foto ’Sweet’ YDP Agong Dan Permaisuri Cuit Hati Rakyat

Keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa menjadi bualan rakyat di negara ini.

Bukan sahaja tegas dan penyayang, Baginda Permaisuri sering memperlihatkan sisi ‘sempoi‘ yang ada pada dirinya sehingga disenangi oleh rakyat.

Terbaru, menerusi kiriman di Instagram airtangan_tunkuazizah, Baginda Permaisuri memuatnaik sekeping gambar bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Menariknya, kapsyen pada kiriman tersebut menghiburkan warganet.

tak boleh dekat2 ….. social distancing ….

 

View this post on Instagram

tak boleh dekat2 ….. social distancing ….

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Perkongsian itu nampaknya telah menarik perhatian ramai terutamanya dalam kalangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata beranggapan bahawa foto tersebut kelihatan sangat manis.

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa