Siakap Keli
Gambar: Mimi Peri

Terkenal Dengan Video Lawak, Alunan Ayat Suci ‘Mimi Peri’ Buat Ramai Kagum

Apabila sebut sahaja nama Mimi Peri, pasti ramai yang kenal dengan insan yang popular ini. Bukan sahaja di negara seberang iaitu Indonesia, malahan beliau turut dikenali di Malaysia.

Mimi Peri terkenal dengan video gelagat ‘gila-gilanya’ sehingga mampu mencuit hati ramai pengguna media sosial.

Tetapi, ada satu video Mimi Peri yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada 14 Mei yang lepas, mengejutkan ramai pengguna Facebook.

Mana tidaknya, insan yang sebelum ini terkenal dengan aksi gila-gila, namum mampu mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dengan merdu serta penuh kusyuk.

Gambar: Mimi Peri
Gambar: Mimi Peri
Gambar: Mimi Peri

“Aku masih belajar, belum pandai,” kata Mimi Peri di dalam video tersebut.

Rata-rata pengguna Facebook rasa tersentuh serta kagum dengan kemampuan insan berusia 32 tahun itu mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran tersebut.

Sumber: Mimi Peri

Adib Mohd

Nur Farra