Siakap Keli
Gambar: Google

Isteri Suami Buat Air Sendiri, Lelaki Jelaskan Pentingnya Sikap Toleransi Semasa Berkahwin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sifat bertolak ansur atau toleransi yang baik dalam sesuatu perkahwinan itu amatlah penting dalam memastikan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga itu akan kekal lama.

Perkara ini perlu dititik beratkan lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin. Sikap toleransi perlulah dipupuk sejak dari awal lagi.

Mengapa sikap toleransi ini perlu ada? Melalui perkongsian oleh saudara Amirul Azhar di Twitter, toleransi ini perlu ada agar memudahkan kedua-dua pasangan bagi mendapatkan pahala dalam perkahwinan.

“Masa awal-awal kahwin, isteri aku merajuk bila aku buat air sendiri. Dia suruh aku order je dgn dia. Dia cakap, “kalau abang buat sendiri air, abang dapat air, saya tak dapat apa-apa. Kalau saya yang buatkan, abang dapat air, saya dapat pahala,” kata Amirul.

“Dia kata dia kahwin ni nak kumpul pahala banyak-banyak. Kita tak tahu bila kita meninggal. Masa tu tak dapat nak kumpul pahala berkhidmat untuk suami dah. Tersedak aku minum air tadi. Hehe,” katanya lagi.

Ujar Amirul lagi, isterinya juga seorang doktor. Jika isterinya sedang rehat selepas oncall, Amirul akan memasak ataupun membuatkannya air. Kata Amirul, kahwin ini sememangnya perlukan toleransi. Mereka juga mengamalkanya sehinggalah mereka mempunyai seorang cahaya mata sekarang.

Sumber: Amirul Azhar

Adib Mohd