Siakap Keli

Kajian Dapati Anak Tunggal Lebih Cenderung Alami Berat Badan Berlebihan

Anak tunggal adalah satu-satunya anak yang berada dalam sebuah keluarga. Seringkali disifatkan anak tunggal sebagai seorang yang sangat manja dengan ibubapa. Berbanding dengan yang mempunyai adik beradik. Adik beradik selalunya mempunyai sifat yang berlainan di antara satu dengan yang lain. Terkadang sering berkongsi apa yang dimiliki.

Anak tunggal vs adik-beradik

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari University of Oklahoma menyatakan bahawa anak tunggal lebih cenderung untuk mengalami berat badan berlebih apabila mereka mencecah usia tahun.

Punca utama adalah kerana mereka dikatakan lebih dimanjakan oleh ibu bapa dengan makanan segera dan minuman yang tidak sihat. Malahan para saintis percaya keadaan ini adalah berbeza berbanding keluarga dengan anak yang ramai. Ini kerana bilangan anak yang ramai perlu merancang mengenai makanan terlebih dahulu.

Dalam penyelidikan yang mengambil masa tempoh seminggu ini mengkaji tabiat pemakanan bagi 68 kanak-kanak. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan 27 kanak-kanak anak tunggal dan 41 kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik lain.

Bagi kumpulan anak seorang didapati 37 peratus daripada jumlah keseluruhan adalah obes berbanding hanya lima peratus kanak-kanak obes dalam kumpulan yang mempunyai adik-beradik. Ia bersamaan tujuh kali ganda isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak tanpa adik beradik dengan anak yang mempunyai adik-beradik.

Perbezaan ketara juga ditunjukkan dalam indeks jisim berat (BMI). di mana anak seorang mempunyai hampir 72 peratus BMI berbanding dengan adik-beradik hanya 53 peratus BMI.

Analisis kajian

Menurut Ketua Penyelidik yang merupakan seorang profesor obesiti pediatrik dan tingkah laki kesihatan, Chelsea Kracht, kajian yang dijalankan mengkaji tabiat pemakanan anak-anak dengan keluarga mereka.  Data itu diperolehi daripada log makanan harian yang diisikan oleh ibu mereka sepanjang tempoh kajian.

Manakala, di sekolah, guru diberikan tanggungjawab untuk mengisi log makanan anak-anak yang terlibat semasa mereka makan di sekolah dengan menyatakan jenis makanan dan saiz hidangan yang diambil.

Selain itu, soal selidik turut diberikan kepada ibu setiap kanak-kanak yang terlibat yang melihat habit pemakanan keluarga, pengambilan nutrisi serta tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Ia termasuk makanan dan minuman pilihan, serta sama ada makan di meja atau di depan televisyen.

Hasil kaji selidik menunjukkan kanak-kanak yang tidak mempunyai adik-beradik mendapat skor rendah dalam hal berkaitan amalan makan keluarga, minuman pilihan, pengambilan nutrisi dan aktiviti fizikal.

Manakala dari aspek berat badan ibu, ibu tunggal dikatakan mempunyai berat badan berlebihan atau obes berbanding ibu yang mempunyai anak ramai. Penyelidik menyifatkan tabiat pemakanan yang tidak sihat oleh ibu tunggal ini, diturunkan kepada anak mereka. Keadaan ini menyebabkan anak mereka berisiko alami obes sebelum berusia lima tahun.

Jangkaan peningkatan

Seorang daripada lima individu kanak-kanak di Britain berisiko tinggi untuk mempunyai berat badan berlebihan apabila mereka memasuki sekolah rendah. Angka itu dijangka meningkat kepada seorang daripada tiga individu apabila mereka berada di sekolah menengah.

Malahan menjelang tahun 2020, The Royal College of Paediatrics and Child Health menjangkakan lebih separuh kanak-kanak akan berdepan dengan isu berat badan yang berlebihan atau obes.

Dr Kracht menyaran agar pakar pemakanan perlu mempertimbangkan pengaruh keluarga dan adik-beradik dalam menyediakan pendidikan nutrisi yang sesuai kepada keluarga yang mempunyai anak kecil. Usaha untuk membantu kanak-kanak dan keluarga membina tabiat pengamalan pemakanan yang sihat harus dipertingkatkan.

Hasil kajian ini menolak teori bahawa anak tunggal mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah kerana kurang persaingan untuk mendapatkan penjagaan ibu bapa dengan pendapatan keluarga yang tinggi.

Kesimpulan

Masalah berat badan yang berlebihan pada kanak-kanak sebenarnya bukanlah isu baru. Tetapi ia juga bukanlah satu situasi yang boleh dianggap remeh. Ini kerana kanak-kanak obesiti berisiko untuk mengalami masalah berkaitan kesihatan pada masa hadapan. Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu mengambil berat aspek pemakanan dan penjagaan anak anda dengan sebaiknya.

Sumber: Hellodoktor.com

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa