Siakap Keli

Kerajaan Beri Keutamaan Kepada Murid Akan Duduki Peperiksaan Untuk Ke Sekolah Dahulu – PM

Menerusi Perutusan Khas Perdana menteri sempena Hari guru tanggal 16 Mei 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk ke sekolah terlebih dahulu apabila sekolah dibuka nanti.

“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu”, ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa SOP mengenai penjarakan sosial yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi supaya penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah dapat dielakkan.

“Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi.

“SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain”, tambahnya lagi.

Sumber: Bernama/Muhyiddin Yassin

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa