Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Kerajaan Tidak Benarkan Tambang Pengangkutan Awam Dinaikan Semasa PKPB – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa pengangkutan semua pengangkutan awam tidak dibenarkan menaikkan caj tambang kepada pengguna.

“Semalam terdapat aduan mengenai caj tambang feri di Langkawi, sama ada dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah ataupun dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis yang dinaikkan tambang sebanyak RM10.

“Mesyuarat mengambil keputusan bahawa kita tidak membenarkan pengangkutan awam menaikkan caj tambang pada waktu ini tidak kira bas, feri dan sebagainya kerana pertimbangan kita adalah harga minyak telah turun ke tahap yang paling rendah pada ketika ini,” katanya.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa