Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Saintis Dakwa Keputusan Vaksin Terhadap Monyet Beri Hasil Memberangsangkan

Pengarah Institut Kesihatan Nasional (NIH) menyatakan bahawa tidak ada satu cara pun yang tidak akan dicuba dalam usaha mencari vaksin virus Covid-19. Dan kini, terdapat berita mengembirakan berkenaan satu vaksin yang sedang diuji ke atas manusia dan monyet.

Penyelidik NIH di Montana dilaporkan telah menguji vaksin tersebut ke atas enam ekor monyet spesis rhesus macaque. Menurut penyelidik tersebut, monyet yang diberikan vaksin itu telah menghasilkan antibodi pelindung terhadap virus Covid-19.

Tetapi apa yang berlaku seterusnya telah memberi harapan kepada para doktor. Ketika mereka mendedahkan haiwan itu kepada Covid-19, monyet yang tidak diberikan vaksin telah mengalami radang paru paru (pneumonia), salah satu simptom Covid-19. Pun begitu, mereka yang diberikan vaksin, dan menghasilkan antibodi pelindung sendiri, tidak mengalami radang paru-paru dan didapati tiada virus di paru-paru mereka.

“Mengapa masih tidak cukup untuk menunjukkan bahawa vaksin yang dicari telah ditemui?” Tanya ketua wartwan perubatan CBS News Dr Jon LaPook.

“Kita perlu betul-betul pastikan bahawa ianya boleh melindungi haiwan tersebut atau manusia daripada sebarang jangkitan,” kata Dr. Kathryn Edwards, individu yang mengarahkan penyelidikan vaksin di Vanderbilt University. “Dan jika hanya mempunyai antibodi sahaja, jika ianya tidak berfungsi untuk mencegah penyakit, maka tiada makna ianya dapat mengekang virus Covid-19.”

Vaksin yang digunakan dalam kajian ini sedang dibangunkan oleh Universiti Oxford. Ianya bergantung pada virus selesema yang telah ditambah baik sehingga tidak dapat menyebarkan jangkitan. Vaksin ini telah disekalikan dengan bahan genetik daripada koronavirus. – dan setelah disuntik, ia memicu tindak balas imun, mengajar tubuh untuk mengenali dan melawan jangkitan di masa depan.

Profesor genetik manusia Oxford, Adrian Hill, menyatakan bahawa jika virus itu berfungsi, ia mempunyai faedah penting yang lain. “Ini bukan vaksin yang sangat sukar untuk dibuat,” katanya. “Kami percaya bahawa penghasilan secara skala besar boleh dilakukan.”

Menurut CBS News, kajian yang lain menunjukkan bahawa monyet rhesus dan manusia mempunyai kesamaan sekitar 93% DNA mereka. Tetapi penyelidik tidak akan berhenti bekerja sehingga ada vaksin yang selamat dan berkesan ditemui.

Sumber: CBS News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa