Siakap Keli

Tindakan Kompaun Boleh Dimulakan Oleh Polis – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa tindakan kompaun akan diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang cuba merentas negeri.

Menurutnya, terdapat 500 kenderaan yang cuba merentas negeri semalam dengan alasan mahu balik kampung. Kesemua kenderaan itu telah diarahkan berpatah balik oleh PDRM.

“Pdrm telah mengenakan 146 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di suluruh negara dan telah memeriksa sebanyak 238,500 kenderaan. Maknanya kita kata tolong jangan balik kampung untuk rentas negeri terutamanya, masih lagi berlaku”, ujarnya.

Justeru daripada itu, beliau memaklumkan bahawa pihak polis akan memulakan tindakan kompaun kepada mereka yang masih berdegil melanggar SOP yang dikeluarkan.

“Mesyuarat pada hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis.

Justeru daripada itu, beliau turut mengingatkan bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa yang tidak mematuhi SOP yang dikeluarkan.

Susulan daripada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar patuhilah SOP untuk mengelakkan tindakan kompaun dikenakan terhadap diri sendiri.

“Saya sekali lagi nak mengingatkan bahawa patuhilah SOP dan peraturan yang telah dietapkan kerana jika melanggar pematuhan ini yang menanggungnya adalah diri kita sendiri.

“Jadi saya haraplah tak perlulah sampai kompaun. Duit bayar kompaun tu mungkin boleh gunakan untuk perkara-perkara yang lain”, katanya.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa