Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa kerajaan membenarkan pelajar pasca siswazah mulakan aktiviti akademik dengan kadar segera.
“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pelajar-pelajar pasca siswazah mode penyelidikan seperti Pengajian Sarjana atau Masters dan Doktor Falsafah atau PHD untuk memulakan aktiviti akademik mereka dengan kadar segera.
“Kebenaran ini hanya melibatkan 31, 508 pelajar di 462 IPT yang perlu menjalankan aktiviti penyelidikan fizikal di makmal, bengkel dan studio reka bentuk kerana memerlukan peralatan yang khusus untuk pengajian mereka,” katanya.
PKPB: Penuntut pasca siswazah dibenar untuk memulakan aktiviti akademik dengan kadar segera – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/4qqOW3yT6Y
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 17, 2020
Tambahnya lagi, dianggarkan lebih kurang 60 orang pelajar sahaja yang dibenarkan pada setiap IPT.
SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Saturday, 16 May 2020
Sumber: Majlis Keselamatan Negara