Siakap Keli
Gambar:BERNAMA

Pelajar Pasca Siswazah Dibenar Mulakan Aktiviti Akademik Dengan Kadar Segera- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media hari ini memaklumkan bahawa kerajaan membenarkan pelajar pasca siswazah mulakan aktiviti akademik dengan kadar segera.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pelajar-pelajar pasca siswazah mode penyelidikan seperti Pengajian Sarjana atau Masters dan Doktor Falsafah atau PHD untuk memulakan aktiviti akademik mereka dengan kadar segera.

“Kebenaran ini hanya melibatkan 31, 508 pelajar di 462 IPT yang perlu menjalankan aktiviti penyelidikan fizikal  di makmal, bengkel dan studio reka bentuk kerana memerlukan peralatan yang khusus untuk pengajian mereka,” katanya.

 

Tambahnya lagi, dianggarkan lebih kurang 60 orang pelajar sahaja yang dibenarkan pada setiap IPT.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa