Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pendatang Tanpa Izin Yang Belum Sempat Masuk Sempadan Negara Akan Diusir Serta-Merta- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pendatang asing yang yang belum sempat masuk ke sempadan negara akan diusir serta-merta.

Menurutnya, terdapat dua prosedur pengurusan pendatang tanpa izin dalam tempoh PKPB ini.

“Kalau yang belum sempat masuk ke sempadan kita, kita akan usir mereka keluar. Kita dah dengar beberapa bot milik Rohingya misalnya. Yang belum sempat masuk kita usir mereka keluar.

Walaupun ramai yang marah kerana kita dianggap kejam dan sebagainya. Sebenarnya kita tidak kejam, kita beri makanan pula untuk mereka dan mereka usir mereka keluar, itu yang belum masuk ke sempadan kita”, ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bagi yang telah melepasi sempadan, kerajaan tidak akan mengusir kerana dilindungi undang-undang antarabangsa.

“Yang sudah cross ke sempadan, kita tidak boleh mengusir mereka lagi kerana dari segi undang-undang antarabangsa. Negara yang dimasuki oleh pendatang-pendatang tanpa izin ini mesti bawa mereka ke darat kalau mereka daripada laut.

Katanya, warga asing ini akan dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu dan akan dihantar pulang selepas tempoh hukuman daripada mahkamah telah tamat.

“Prosedurnya adalah mereka akan ditahan di depot dulu, akan dibicarakan di mahkamah, apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebagai contoh, mereka akan dipenjarakan dulu di negara kita, dan selepas tamat tempoh hukuman mahkamah kita akan hantar mereka balik.

“Kita akan berbincang dengan kedutaan mereka supaya menghantar balik mereka ini. Jadi, dengan tambang mereka sendirilah, sama ada dengan keluarga mereka atau pun kerajaan mereka”, tambahnya lagi.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa