Siakap Keli
Gambar: Bernama

ADUN Jeneri Dilantik Menteri Besar Kedah Ke-14

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata majlis angkat sumpah pelantikan menteri besar ke-14 itu akan diadakan pada 3.00 petang ini di Pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa Sultan Kedah sudah mengadakan perjumpaan dengan semua ADUN pada 15 Mei lepas dan baginda mendapati bahawa Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ADUN.

“Baginda telah perkenan menerima peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz sebagai menteri besar serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini selaras dengan Perkara 37(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.

“Lanjutan itu, baginda memperkenan pelantikan ADUN Jeneri sebagai menteri besar baharu kerana mendapat majoriti ADUN mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa