Siakap Keli

TERKINI: KKM Sahkan 22 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Dicatatkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa terdapat 22 kes positif dicatatkan hari ini.

Daripada 22 kes baru yang dilaporkan, lima (5) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan di mana sembilan (9) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Kesemua kes yang dikesan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. Pertambahan kes baharu yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 6,894 kes.

Daripada jumlah kes positif yang masih aktif, sebanyak 13 kes dilaporkan sedang dirawat di ICU dan 7 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

KKM turut  memaklumkan bahawa tiada kematian dilaporkan hari ini. Jumlah kes kematian kekal sebanyak 113 kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa