Siakap Keli

(Video) Tiada Pelukan Rakan Sepasukan, Pemain Guna Konsep ‘Social Distancing’ Raikan Jaringan

Erling Haaland telah menjaringkan gol pertama liga Bundesliga yang dimulakan semula dan meraikannya dengan menerapkan  penjarakan sosial.

Penyerang prolifik pasukan Borussia Dortmund itu mencatat sejarah selepas berjaya menjaringkan gol pertama dalam liga Jerman selepas liga tersebut digantung susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19.

https://www.youtube.com/watch?v=c9jmS7i9FfA

Hasil penyudah berbisa penyerang tersebut dibantu dengan hantaran cantik dari Thorgan Hazard, mereka berjaya meletakkan pasukan mereka dihadapan dengan skor 1-0 menentang Schalke.

Ianya adalah gol kesepuluh Haaland dalam sembilan perlawanan terakhirnya untuk Dortmund, sejak kali terakhir ia beraksi untuk pasukannya itu pada 66 hari lalu sebelum perintah berkurung dilaksanakan.

Dan dia telah meraikan kejayaan menjaringkan golnya itu dengan stail ‘penjarakan sosial’ di sebelah sudut penjuru padang.

Rakan sepasukannya yang lain turut serta meraikannya bersama dengan menjaga jarak sosial ketika bintang Norway berusia 19 tahun itu meraikan golnya.

Pun begitu, gol tersebut tidak terhenti di situ untuk pasukan yang berada di tangga kedua liga tersebut.

Raphael Guerreiro telah menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan diikuti gol pada minit ke 63 untuk menjadikannya jumlah skor 4-0.

Adik kepada Eden Hazard iaitu Thorgan Hazard telah menjaringkan gol pada minit ke-48.

Hasil daripada perlawanan tersebut, Borussia Dortmund kini berada di tangga kedua keseluruhan dalam liga dengan perbezaan jurang sebanyak satu mata daripada pendahulu liga iaitu Bayern Munich.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa