Tanggungjawab sebagai seorang petugas barisan hadapan atau frontliners sememangnya amat berat untuk dijalankan. Walaupun begitu, susah payah dalam menjalankan tugas haruslah mereka ketepikan demi memastikan wabak COVID-19 tidak menular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Mengikut luahan oleh salah seorang frontliner di Twitter, ianya merupakan dugaan yang paling getir dihadapi sepanjang penglibatannya sebagai salah seorang pasukan persampelan COVID-19.
Berikut luahan saudara Farihin Mandagie menceritakan pengalamannya baru-baru ini yang dilakukan bersama pasukan lain ketika bulan puasa.


Banyak cerita duka lara team harini. Ada yang pengsan, muntah , dehydrated semua ada memandangkan hampir semua team kami berpuasa .
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) May 16, 2020
Ketinggian rumah 14 tingkat, kami dibahagi kpd setiap satu team cover 2 floor. Satu floor ada 10 buah rumah. Keadaan persekitaran yg sgt unhygenic dan berbau mmg mencabar pahala poasa laa kateko. 4 jam hidu bau hancing busuk utk pastikan semua penghuni menjalani persampelan. pic.twitter.com/toKMEeG4Oq
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) May 16, 2020
Aktivit mengetuk pintu rumah ke rumah mmg mencabar utk paksa penghuni turun utk buat aktivit persampelan. Alasan kukuh diorang tak nak turun sbb lif rosak. Lif rosak dah 3 tahun wei. pic.twitter.com/craFcRi2qt
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) May 16, 2020
Sorang tumbang, tinggal aku berdua utk teruskan hingga habis. pic.twitter.com/F3T6lVlZOB
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) May 16, 2020
Kesimpulan untuk harini, KKM komited utk perangi COVID 19, kita belum menang. Perjuangan ini terletak di tangan anda. Jadilah masyarakat yg bertanggungjawab dan sentiasa memberi kerjasama. pic.twitter.com/B5uvrQvDdN
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) May 16, 2020
Sumber: Farihin Mandagie