Siakap Keli
bayi dicampak
Kredit: Google

Bayi Dicampak Dari Tingkat 4 Dipindah Ke Wad Biasa

GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) — Bayi perempuan, yang dicampak oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat sini Rabu lepas, telah dipindahkan ke wad biasa Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata, bayi berusia enam hari itu sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan dipindahkan ke wad biasa kerana telah stabil serta beransur pulih.

“Menurut doktor yang merawat bayi, seberat 3.25 kilogram, itu telah beransur pulih namun masih memerlukan pemantauan pihak hospital sebelum mangsa dibenarkan keluar dari HPP,” katanya di sini.

Katanya, beliau turut membuat lawatan kebajikan ke atas bayi perempuan itu hari ini bersama pegawai serta anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Dalam kejadian Rabu lepas, polis menahan seorang remaja perempuan kerana mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat empat rumah flat didiami bersama keluarganya di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat sini.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.