Siakap Keli

COVID-19: Kluster Pengerang & Istana Negara Diisytihar Tamat Hari Ini

Kluster jangkitan COVID-19 dari Pengerang serta kluster di Istana Negara diisytiharkan tamat hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

Menerusi satu kenyataan di Facebook, ia menjadikan jumlah kluster yang telah diisytiharkan tamat setakat hari ini adalah sebanyak 13 kluster.

Sebelum itu, terdapat 11 kluster terdahulu yang turut tamat menurut senarai KKM.

Berikut adalah senarai kluster yang telah diisytiharkan tamat sebelum ini:

1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
5. Kluster Rembau
6. Kluster Tabligh Pakistan
7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
8. Kluster Pekan
9. Kluster Kilang Pasir Gudang
10. Kluster BBIM
11. Kluster Tabligh Makassar Sabah

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.