Siakap Keli

Ini 18 Item Yang Korang Patut Beli ‘Online’ Untuk Bilik Nampak Kemas Dan Teratur

Memiliki bilik yang kemas dan bersih sesuai dengan citarasa diri semestinya sangat penting supaya kita boleh berehat dengan tenang disamping mampu memberi satu kepuasan kepada setiap penghuninya.

Tidak seperti ruang tamu yang menjadi tempat berkumpul ahli keluarga, bilik pula memberi satu ruang privasi kerana setiap aktivi dan hobi sering dilakukan di dalam bilik. Oleh itu, adalah lebih baik jika keadaan bilik terus dijaga dengan baik supaya keselesaan terus dirasai.

Saiz bilik serta harga barangan  perabot yang terdapat di dalam bilik bukanlah satu isu tapi apa yang penting adalah kekemasan dan susun aturnya yang menjadikan bilik tidur itu cantik.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook Dr Nadya Amin Shaharudin yang berkongsi  mengenai tips untuk organize bilik tidur dengan hanya menggunakan 18 barang yang dibeli dari Shopee.

  1. WIRE COVER ORGANIZER

Bilik dah cantik tapi nampak wayar bertaburan. Boleh pakai ni untuk tutup cable dan wire supaya nampak teratur dan kemas.  

  1. WALL PHONE CHARGER HOLDER

I rasa ni sangat berbaloi, murah je. Lekat di dinding. I letak ni sebelah katil, masa charge tu xdela terpijak hp time bangun. Senang nak ambik apabila perlu semasa charging.

  1. PANEL SOCKET PATCH

Untuk yang pakai extension wire, lekatkan extension di dinding dengan menggunakan ni. Boleh sorok bawah katil atau bawah meja supaya extension tidak kelihatan.

  1. HAIR DRYER HOOK 

Kalau suka pakai hair dryer dalam bilik air ala2 di hotel, boleh beli ni untuk simpan hair dryer. Bilik air juga akan nampak kemas dan elok. 

  1. MAGNETIC DOOR STOPPER

Tidak perlu beli door stopper yang biasa tu, boleh pakai ni untuk bilik nampak lebih eksklusif dan functional pada masa yang sama.

  1. HANGING HANDBAG STORAGE

Ramai yang tanay bagaimana untuk simpan handbag untuk closet space yang kecil. Anda boleh menggunakan ni supaya handbag kemas dan terlindung dari habuk.

  1. STORAGE BOX

Storage box terdiri daripada pelbagai bahan. Ada jenis kain, plastik dan banyak lagi. Boleh pilih suka yang mana. Tapi jenis macam ni lebih murah dan kta boleh lipat kalau tak nak pakai.

  1. HANGING DRAWER SHELF

Untuk yang suka lipat baju, lebih baik untuk menambah ruang dengan menggunakan ini. Anda boleh juga simpan handbag selain baju di sini.

  1. COMPARTMENT ORGANIZER

Jangan biarkan pakaian dalam dan stokin berterabur di dalam drawer. Gunakanlah compartment organizer seperti ini supaya mudah mencari dan cantik sentiasa. Anda juga boleh beli yang ‘stackable’ untuk digunakan dalam almari.

  1. UNDER BEG STORAGE

Kadang kala ruang yang kita ada tidak mencukupi untuk simpan barang. Create extra storage dengan membeli alat ini untuk diletakkan bawah katil. Tak sakit mata tengok barang bersepah dah lepas ni.

  1. BEDSIDE ORGANIZER

Di tepi katil, kita juga boleh sediakan organizer seperti ini. Boleh letak remote aircond/tv/hp dan tisu. Cantik dan kemas.

  1. SHOE STORAGE BOX

Kotak ini boleh digunakan untuk simpan kasut kesayangan. Selain itu, boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai benda selain kasut. Boleh susun seperti ini untuk jimat ruang.

  1. SHOE ORGANIZER

Boleh letak dalam bilik air untuk toilet slippers atau boleh letak di tepi katil untuk letak slipper rumah.

  1. SPACE SAVING HANGER

Anda boleh gunakan hanger seperti ini di dalam almari untuk jimat ruang. Best untuk orang yang mempunyai banyak baju tapi closet space yang kecil.

  1. IDEA UNTUK SIMPAN SHAWL/TUDUNG

Ramai wanita yang menghadapi masalah menyimpan tudung. Tudung dilonggokan dalam almari dan kita tal nampak semua tudung kita. You all boleh try pakai shawl organizer macam ni.

  1. MINI HANGER UNTUK SHAWL

Untuk saya sendiri, saya ada buat almari kecil khas untuk shawl dan tudung. Saya beli scarf hanger ni untuk susun shawl. Mudah untuk cari shawl.

  1. TOWEL RACK

Lepas mandi, boleh gantung tuala di sini. Apabila telah kering boleh simpan rak di tempat yang lain. 

  1. MAKEUP ORGANIZER

Idaman semua wanita untuk mempunyai koleksi mekap yang banyak. Anda boleh susun mekap dan pralatan mekap dengan baik jika menggunakan item2 ini. 

Sumber: Facebook 

Nor Azilah