Siakap Keli

Jika Mahu Tunaikan Solat Sunat Aidilfitri Berjemaah Di Rumah, Dr. Zulkifli Cadang Mana-Mana Ahli Keluarga Baca Khutbah

Menteri di Jabatan Perdana menteri Bahgian Hal Ehwal Agama, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan untuk mana-mana ahli keluarga untuk membaca khutbah Aidilfitri sekiranya ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di rumah.

Walaupun kerajaan membenarkan solat sunat Aidilfitri ketika 1 Syawal nanti, namun bilangan jemaah adalah terhad dan tidak semua boleh berjemaah di masjid atau surau.

Hal ini dijawab olehnya menerusi laman Twitter rasminya setelah ada beberapa individu bertanyakan soalan mengenai solat sunat hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi ini.

Dr. Zulkifli mencadangkan mana-mana ahli keluarga bacakan khutbah selepas selesai solat sunat Aidilfitri. Teks bacaan khutbah boleh dimuat turun daripada laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri masing-masing.

 

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang