Siakap Keli

Kaunter Mula Beroperasi Hari Ini, Gambar Pejabat JPJ ‘Diserbu’

Orang ramai dilihat beratur panjang di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Kedah selepas pihaknya membuat kenyataan rasmi pembukaannya minggu lalu.

Gambar perkarangan cawangan pejabat itu tersebar melalui page Kedah Kini, mendapati orang ramai beratur panjang sejak awal pagi hari ini.

Bukan sahaja di Kedah, dipercayai pejabat JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri dan JPJ Klang juga dipenuhi orang dikatakan sudah menunggu sejak jam 6.30 pagi bagi memenuhi urusan berkaitan.

Walau bagaimanapun, pihak JPJ juga telah mengeluarkan panduan urusan kaunter dengan pematuhan prosedur keselamatan seperti saringan suhu badan, pemakaian topeng muka dan penjarakan sosial bagi setiap pelanggan yang hadir.

Sumber: JPJ, Kedah Kini

Nur Farra