Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan bahawa sebanyak 1,175 kenderaan telah dikenal pasti cuba merentas negeri untuk balik ke kampung.
Menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB, beliau menyatakan bahawa kenderaan-kenderaan ini telah diarahkan berpatah balik oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas didapati cuba malanggar perintah yang telah dikuatkuasakan.
Ismail Sabri juga turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak perlu untuk balik ke kampung sekiranya tiada urusan penting bagi mengelakkan dikenakan tindakan kompaun daripada pihak polis.
Sumber: Sidang Media PKPB