Sering kali jalan lama dikaitkan dengan kisah-kisah seram. Mungkin kerana keadaan serta fasiliti yang tidak sebaik lebuhraya menyebabkan jalan lama ini ‘dimomokkan’.
Pun begitu, masih ada segelintir daripada kita yang lebih suka memandu melalui jalan-jalan ini kerana dikatakan lebih mencabar. Ada juga yang berpandangan makhluk halus ini ‘menakluki’ sesetengah tempat yang merupakan penempatan mereka.
Namun, sejauh manakah kebenarannya?
Seorang invdividu melalui Twitter miliknya berkongsi kisah seram di suatu kawasan yang didakwa ‘zon jin’ di Kuantan.
Siapa pernah dengar pasal kawasan zon jin yang berbudaya Cina kat bandar Kuantan? Kawasan tu kat dalam bulatan merah ni. Katanya banyak jin yang jahat perangai kat sini. pic.twitter.com/oxTk8GoWAE
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Btw, ini menurut perawat alternatif Islam Encik Anwar Suran yang beri amaran tentang kawasan ni. Kata dia peringatan kalau lalu kawasan ni bila lebih dari pukul 1.00 pagi – 4.00 pagi, tolong jangan pandang kawasan yang kat dalam bulatan tu terlalu lama.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Menurut Encik Anwar Suran, kat situ sebenarnya terletak zon penempatan jin-jin yang berbudaya cina. Dan kebanyakan yang jahat perangai. Tak percaya? Boleh pergi lalu situ pukul 1-4 pagi.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Kat situ katanya ada belukar dan ada pokok yang agak besar. Tak dapat dipastikan mungkinlah beberapa orang Cina yang tahu pasal penempatan jin cina ni, jadi diorang letak tokong kecik merah bawah pokok sebagai tanda hormat.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Kata perawat Islam ni lagi, jin cina ni suka follow sesiapa je yang lalu jalan ni sampai balik ke rumah lepas tu sambung menganggu kat dalam rumah. Jin ni biasanya akan ikut beramai-ramai, bukan cuma seekor dua. Dia bawa geng. Sebab tu katanya jangan tenung kawasan tu
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Bentuk jin cina ni katanya lebih kurang sama macam manusia je. Cuma jin ni pakai baju tradisional cina lama tu. Kalau jumpa memang menakutkanlah. Ada jantan, ada betina dengan anak-anak sekali. pic.twitter.com/Wfiu5Q82em
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Jin cina ni hidup dalam komuniti kat kawasan tu dan beranak-pinak. Satu lagi jin ni memang akan pakai pakaian tradisional cina je macam dalam istana cina
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Apa kesan bila diganggu jin cina ni? Kata perawat Islam ni, gangguan jin cina agak kompleks berbanding gangguan jin-jin lain. Ini berdasarkan pengalaman En Anwar Suran yang merawat selama ni. Nak tahu apa kesannya?
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Kalau kena sampuk jin cina, orang yang disampuk tu automatik akan bercakap dalam bahasa cina. Well, of courselahkan.. Bila dah bercakap bahasa Cina ni semestinya akan menyusahkan perawat kalau perawat takleh faham bahasa cina unless panggil translator untuk translate
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Satu lagi orang yang diganggu ni biasanya akan mimpi bayangan-bayangan budaya cina macam mimpi jirat/kubur cina usang yang penuh tulisan cina. Lepas tu termimpi berhala yang menakutkan berkepala merah, mata bengis. Ada juga yang mimpi pergi festival cina yang kelam dan suram.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Jin cina ni biasanya akan ikut orang yang dia nak ganggu tu sampai ke rumah. Lepas tu jin ni akan ganggu baby. Siapa yang ada baby kecik akan menangis tiba-tiba tanpa sebab. Serba tak kena semuanya.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Selalunya jin cina ni takkan ganggu manusia lama-lama. Paling lama mungkin 3-4 hari. Ada yang sehari je. Walaupun tak lama tapi menyusahkan time nak tidur. Badan akan tersentak-sentak, macam kena tindih sampai termimpi buruk
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Kalau rasa diri tu diganggu, jangan gelabah. Boleh pasang je ayat kursi kat laptop atau telefon. Biarkan bacaan tu terus repeat sampai korang terjaga dari tidur. InshaAllah gangguan akan berkurang dan korang boleh tidur lena.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Tapi… kalau gangguan yang kena tu agak berat sampai terkena sampuk, silalah cari mana-mana perawat terdekat yang berdekatan. Aku nak share pengalaman kawan aku yang diganggu teruk dengan jin cina juga tapi bukan dekat kawasan yang aku mention kat atas ni.
— سَيْف (@LeAlterEgo) May 13, 2020
Sumber: LeAlterEgo