Siakap Keli
Kredit: Bernama

Rumusan Kluster Perhimpunan Seri Petaling, Kluster COVID-19 Terbesar Dengan 28 Kematian

Putrajaya, 18 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan satu kluster terbesar COVID-19 yang paling ramai kematian dalam kalangan pesakit di Malaysia.

Kluster itu melibatkan peserta dan kontak rapat peserta himpunan Sri Petaling, melibatkan 2,375 kes positif setakat ini. Sebanyak 39,201 sampel telah diambil bagi ujian saringan melibatkan kluster tersebut.

Kluster yang berkembang sehingga lima generasi itu melibatkan 28 kematian daripada 113 kematian keseluruhan pesakit COVID-19 di negara ini.

Angka itu menjadikan jumlah kematian kluster Sri Petaling mencapai 24.8 peratus berbanding jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.