Siakap Keli
Gambar: Kila Aurora

Tips Cuci Kuali Sehingga Berkilat Hanya Guna Dua Bahan

Bagi mereka yang sering memasak, kuali yang semakin menghitam sudah seperti masalah lazim yang sering mereka hadapi. Walaupun telah dibasuh dan disental dengan kerap, warna kehitaman tersebut sukar untuk hilang.

Berkat bantuan media sosial, akhirnya dibuktikan bahawa kotoran yang berwarna hitam itu boleh dihilangkan dengan mudah.

Menerusi perkongsian oleh Kila Aurora di laman sosial Facebook, kuali boleh dicuci hingga berkilat dengan hanya menggunakan dua bahan iaitu lemon dan baking soda.

Berikut ialah tips yang dikongsikan oleh saudari Kila Aurora untuk mengilatkan kuali.

  1. Rendamkan kuali tersebut dengan menggunakan 2 bahan iaitu lemon dan baking soda. Kuantiti tidak kisah berapa.
  2. Air dipanaskan terlebih dahulu sebelum  direndam. Selepas panas, rendamkan kuali dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Kemudian, tutup api dan biarkan kuali tersebut dalam rendaman air tadi. Biarkan dalam tempoh paling kurang 2 jam bergantung kepada ketebalan kerak.
  4. Angkat dan kikis kerak dengan menggunakan pisau.
  5. Jika rasa sudah boleh digosok, gosok dengan menggunakan berus dawai dan sabun. Gosok kotoran tersebut sehingga bersih tanpa menggunakan air.
Gambar: Kila Aurora
Gambar: Kila Aurora

Sumber: Kila Aurora

Adib Mohd

Nur Farra