Siakap Keli
Gambar: BBC

Wad Bersalin Di Afghanistan Diserang, Wanita Sukarela Susukan Bayi Kematian Ibu

Seorang pakar psikiatri, Firooza Omar, 27 tahun membuat keputusan dengan menawarkan dirinya untuk menyusukan seorang bayi yang telah kematian ibu akibat dibunuh.

Perkara ini terjadi selepas satu serangan militan yang dilakukan di wad bersalin hospital Dasht-e-Barchi yang terletak di Kabul, Afghanistan. Serangan tersebut turut mengorbankan sehingga 24 nyawa termasuk bayi, ibu dan jururawat.

“Saya juga menyusukan anak saya sendiri dan saya turut diselubungi emosi. Saya dapat melihat penderitaan bayi-bayi tersebut,” kata Firooza.

“Semasa saya sampai di hospital tersebut, saya lihat ada kira-kira 2o bayi. Ada juga yang mengalami kecederaan,” katanya lagi.

Gambar: BBC

Menurut Firooza, para pekerja kesihatan cuba memberikan mereka susu tepung. Namun, mereka tidak mahu minum.

“Saya bercakap dengan jururawat dan mereka memberitahu saya untuk menyusukan bayi yang menangis,” kata Firooza.

Pada hari pertama, dia dapat menyusukan sehingga 4 orang bayi. Hari-hari berikutnya, dia dapat menyusukan anaknya yang berusia 4 bulan di rumah di samping turut menyusukan bayi-bayi tersebut di hospital.

Gambar: BBC

Firooza juga berkongsi pengalaman tersebut di media sosial untuk memberikan kesedaran mengenai situasi yang berlaku.

“Bayi-bayi ini tidak berada di samping ibu mereka dan juga disusukan oleh orang yang tidak dikenali,” ujar Firooza.

Sumber: BBC

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.