Siakap Keli
Gambar: BBC/Google

‘Work From Home’ Tunjuk Hasil Positif, Twitter Benarkan Pekerja Kerja Di Rumah Selama-lamanya

Twitter dilaporkan telah memberitahu kakitangan atau pekerja mereka bahawa mereka boleh melakukan kerja dari rumah untuk selama-lamanya jika mereka mahu selepas melihat perkembangan penularan wabak COVID-19.

Keputusan tersebut dibuat selepas langkah yang diambil syarikat tersebut ambil iaitu menampakkan kesan yang positif.

Awal bulan ini, syarikat Google dan Twitter telah mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangan mereka boleh bekerja dari rumah sehingga hujung tahun ini.

“Beberapa bulan sebelum ini telah membuktikan bahawa kita dapat melakukannya. Jadi jika pekerja kita mempunyai tugas dan situasi yang membolehkan mereka bekerja dari rumah dan mereka ingin terus melakukannya untuk selamanya, kita akan pastikan ianya terjadi,” kata Twitter.

Syarikat Twitter sebelum ini telah membenarkan para kakitangannya untuk bekerja dari rumah bermula pada bulan Mac lepas dan tidak akan menjangkakan pejabat akan dibuka sebelum bulan September nanti. Syarikat ini juga sehingga kini mempunyai lebih 4,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Sumber: BBC

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.