Siakap Keli

50% Diskaun Bayar Saman Polis Secara Online, Ini Cara-Cara Pembayaran Untuk Anda Yang Tak Tahu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mengumumkan diskaun 50 peratus kepada pengguna jalan raya yang mahu menjelaskan bayaran saman polis melalui atas talian (Online) bermula 18 Mei hingga 21 Mei 2020.

Diskaun ini sah dengan kaedah pembayaran secara online sahaja dan tidak terpakai jika anda membayar menerusi kaunter-kaunter PDRM. Berikut adalah cara-cara membayar saman menerusi atas talian bagi memudahkan anda, lebih-lebih lagi ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19.

1. Pergi ke laman web MyEG KLIK SINI dan klik ‘Register Now’ untuk mendaftar akaun baru anda. Kemudian isi maklumat diri anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan kata laluan.

 

2. Selepas selesai urusan pendaftaran, log masuk ke dalam akaun anda dan anda akan dibawa ke laman seperti tertera dibawah dan pilih logo PDRM untuk menyemak saman anda terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

3. Anda boleh pilih sama ada untuk menyemak saman menerusi MyKad atau nombor pendaftaran kenderaan anda seperti saman AES dan sebagainya. Selepas mengisi maklumat tersebut, keputusan sama ada anda ada saman yang masih tertunggak atau tidak akan keluar dan kemudian ikut arahan seterusnya untuk membuat pembayaran.

Gambar berikut adalah contoh anda tidak memiliki apa-apa saman dari PDRM

Dari 18 Mei hingga 21 Mei 2020, 50 peratus diskaun akan diberikan daripada jumlah bayaran saman yang perlu dibayar. Mungkin ada pertambahan cas perkhidmatan yang turut dikenakan ketika membuat bayaran secara online.

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)