Siakap Keli

Ayah Koma & Lebih 20 Lagi Ahli Keluarga Khabib Dijangkiti COVID-19

Juara UFC kategori lightweight, Khabib Nurmagomedov mengesahkan bahawa ayahnya, Abdulmanap kini koma dan kritikal selepas dijangkiti COVID-19.

Beliau turut memaklumkan lebih 20 orang ahli keluarganya yang lain turut menjadi mangsa jangkitan virus tersebut dan ada beberapa orang dirawat di ICU.

”Virus ini memberi kesan kepada jantung ayah saya kerana pada tahun lepas dia ada menjalani pembedahan jantung dan baru-baru ini ada menjalani satu pembedahan lagi.

”Dia kini berada dalam keadaan kritikal dan kami berdoa semoga Allah mengembalikan kesembuhan kepadanya,” kata Khabib melalui Instagram.

Khabib sebelum ini dijadualkan akan bertemu Tony Ferguson pada 18 April untuk mempertahankan kejuaraannya namun menarik diri setelah menghadapi masalah perjalanan disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini.

View this post on Instagram

🤲

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Sumber: Bleacher Report

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.