Siakap Keli

Elak Karies Gigi, Jangan Biarkan Anak Tidur Sambil Minum Susu

Ibu bapa cenderung mengabaikan kebersihan gigi anak-anak terutama sekali bayi yang baru mula tumbuh gigi susu. Hal ini kerana, anggapan gigi susu yang tidak kekal menjadi pegangan mereka.

Namun sebenarnya penjagaan gigi untuk bayi dan kanak-kanak harus bermula sejak tumbuh gigi susu yang pertama lagi. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan kesihatan dan kesegaran mulut disamping mengelakkan terjadianya karies gigi atau gigi berlubang pada anak anda.

Ikuti perkongsian Dr Azilah Mohd Kasim seorang doktor gigi yang telah berkongsi tips-tips untuk ibu bapa dalam menjaga gigi anak  bagi mengelakkan terjadinya karies gigi.

Pagi-pagi saya sudah kena tag salah seorang rakan, minta beri penjelasan kisah di pintu Info Ibu Hamil.

SOALAN IBU:

Umur anak (dalam photo) adalah 1 tahun 11 bulan. Ibu pernah bawa anak periksa gigi di Klinik Desa 5 bulan lepas. Doktor kata tidak perlu sapuan Florida dulu. Tetapi gigi anaknya seperti ini sekarang.

JAWAPAN:

1. Inilah hasil karies gigi susu. Pastikan ibubapa gosok gigi anak bersama-sama.

2. Saya memberi cadangan rawatan ini sekiranya anak ini sihat (tiada sebarang masalah penyakit perubatan contoh masalah jantung).

3. Maka sekiranya pesakit kanak-kanak itu duduk sopan patuh arahan doktor, ala-ala PUTERI SANTUBONG maka boleh ditampal gigi tersebut.

4. Tetapi sekiranya pesakit kanak-kanak ala-ala KAPTEN MARVEL tak bekerjasama, maka jangan bercita-cita berjaya ditampal. Haaa sudahnya huru hara dental chair, barang-barang kami berterabur haha.

CEGAH KARIES GIGI SUSU..lagi dan lagi ini tips ya.

1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)

2. Gunakan ubat gigi berflorida
• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari

3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)

4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.

5. Elakkan gula ke dalam botol susu.

6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.

7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.

8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.

9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.

10. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)
Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.

Semoga bermanfaat.

Azila Dentist
Klinik Pergigian Azila Bangi

Sumber: Dr Azilah Mohd Kasim

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.