Siakap Keli

KKM Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii COVID-19

Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini belum menerima sebarang maklumat terperinci berkenaan kenyataan 10 pelajar Malaysia di Khartoum, Sudan yang didakwa dijangkiti COVID-19.

Respon tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sejurus menjawab persoalan daripada wartawan dalam satu sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Hisham menyeru dan merayu kepada semua pelajar tahfiz supaya tampil ke depan untuk menjalani saringan COVID-19.

“Yang itulah kita boleh laksanakan iaitu menasihatkan mereka untuk tampil ke depan.

“Jadi setakat ini, kita harap kita dapat tingkatkan lagi sekolah tahfiz dan madrasah untuk dikenal pasti supaya dapat laksanakan ujian saringan kepada mereka.

“Ia bukan hanya melibatkan pelajar tetapi guru dan kakitangan madrasah tersebut,” jelasnya lagi.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 28.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.