Siakap Keli

Kuala Selangor Kembali Jadi Zon Kuning – Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor

Berdasarkan laporan statistik yang dikeluarkan oleh  Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) melalui laman web menteri besar, amirudinshari.com, daerah Kuala Selangor didapati kembali menjadi zon kuning.

“Hari ini pertambahan kes baru telah mempengaruhi demografi kes aktif Selangor di mana daerah Kuala Selangor telah kembali ke Zon Kuning semula. Sebanyak 4 mukim dalam Kuala Selangor telah mempunyai kes aktif semula iaitu Ijok, Jeram, Kuala Selangor dan Pasangan,” kata STFC.

“Kami telah ingatkan berulang kali bahawa penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan pakai face mask itu bukanlah soal main-main, ia semata-mata untuk keselamatan dan keselesaan anda juga. Sekiranya terjadi jangkitan atau ‘outbreak’ baru, kesemua kebebasan ini akan ditarik balik,” katanya lagi.

Melalui statistik yang sama, Petaling Jaya masih lagi kekal zon merah dengan 50 kes yang masih aktif. Sehingga 18 Mei 2020, negeri Selangor mempunyai 127 kes yang masih aktif, 1,450 kes yang sudah sembuh , dan 21 kes kematian yang dilaporkan.

Kesemuanya berjumlah 1,644 kes disertai dengan pertambahan 8 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan semalam.

Gambar: STFC

Sumber: amirudinshari.com

Adib Mohd

Nur Farra