Siakap Keli
FOTO:HAMZAH ALEK

“Mak Mana Poket Depan ?,” Baju Melayu Poket Kat Belakang, Mak Ketawa Bila Tersedar Silap Jahit

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular di media sosial hari ini dengan hadirnya sekeping gambar ‘Baju Melayu PKP’ ini mengalami kesilapan jahitan pada poket di mana tukang jahit baju tersebut tersalah jahit poket hadapan ke belakang baju. Perkongsian yang melucukan ini dikongsikan oleh Hamzah Alek di laman Facebooknya.

Semasa dihubungi sebentar tadi, Hamzah mengatakan bahawa baju melayu tersebut dibuat oleh ibunya sendiri yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun menjadi tukang jahit tetapi kali ini ada masalah teknikal yang membuatkan ramai yang geli hati melihat keadaan baju ini.

Katanya lagi, perkongsian tersebut tidaklah untuk menjatuhkan aib sesiapa kerana tukang jahit tersebut adalah ibunya. Gambar tersebut dimuatnaik untuk bahan jenaka seisi keluarga dan tidak sangka ia tular dengan ceppat sekali.

Kelmarin sekitar jam 10 pagi semasa saya dan isteri nak pergi ke pasar untuk beli barang dapor orang yang jahit baju saya adalah merupkan ibu saya sendiri. Dia sudah menjahit sekitar 30 lebih tahun. Kira legend lah…

“Mak apa silapnya baju melayu ini”.

Pagi kelmarin ibu saya sendiri yang hantar baju tersebut ke rumah saya lagipun jarak rumah kami hanya sekitar 30-40 meter sahaja. Setibanya dirumh saya, dia menyuruh saya mencuba baju tersebut manalah tahu kot-kot tak muat. Sebelum saya mencubanya, saya sudah ketawa sendiri melihat baju itu. kanapa? Saya tanya mak saya, “mak apa silapnya baju melayu ini”.

Jadi, dia tanya balik kenapa? Saya kata cuba lihat kocek depannya mana? Dia kata tu ha ada tu.Terus saya kata kocek ni salah sebab kocek depan jahit dekat blakang… Apa lagi dia pun turut ketawa dengan kesilapan yang telah berlaku.

Jadi saya suruhlah isteri untuk tangkap gambar tujuan saya posting dalam Facebook itu pun untuk suka-suki kami sekeluarga sahaja. Setelah di posting dalam FB saya lihat sudah ada 7 orang yang share posting tersebut. Jadi saya tak hairanlah..selpasa 3 jam saya lihat semakin meningkat sharing.

Saya cakap dengan isteri biar betol takkanlah baju melayu itu mnjadi bualan d media sosial..trus isteri cakap baju melayu poket belakang PKP sudah viral seluruh Malaysia…banyak juga yang bertanya siapa yang jahit? Kenapa jadi begitu? Adakah diguna juga semasa raya ni? Jadi, saya kata itu masalah teknikal si penjahit mungkin dia leka, faktor usia, lebih-lebih lagi dengan tempahan orang yang sentiasa call… kadang-kadang fikiran menjadi celaru dengan situation sebegitu.

Dan juga baju itu sudah dibetulkan….

Apa-apapun saya membuat posting sebegitu bukanlah untuk membuka aib sesiapa sahaja mahupun tukang jahit.. Itupun cuma untuk peribadi saya sahaja.. Dan juga baju itu sudah dibetulkan dan saya akan guna semasa hari raya pertama yang cuma sehari sahaja. Nampaknya baju raya poket belakang PKP saya tahun ini ada kenangan yang melucukan. Sekian

 

Sumber: Hamzah Alek

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang