Siakap Keli

Mempunyai Fungsi Kamera Yang ‘Gempak’, Ini Rahsia Kenapa Gambar Neelofa Selalu Nampak Cantik

OPPO secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri model terbarunya iaitu OPPO Reno3 bakal menembusi dan dijual dalam pasaran Malaysia.

Siri OPPO Reno3 ini merupakan edisi terbaru daripada siri Reno yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Dilengkapi dengan sistem kamera kuad 64MP sebagai kamera utama, 108MP Ultra Clear Image serta 44MP dwi kamera hadapan dengan mode Ultra Night, tidak hairanlah kenapa telefon ini berjaya menambat hati selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa.

Rekaan yang menarik & tampak eksklusif

Rekaan pada OPPO Reno3 ini dilihat sangat ringan dan nipis. Untuk menjadikan ianya lebih menarik, OPPO Reno3 ini telah hadir dengan dua warna unik. Satu warna Auroral Blue manakala satu lagi ialah Midnight Black. Rekaannya yang tampak eksklusif dan fresh ni juga telah membuatkan neelofa pun jatuh cinta dengan sekali pandang je.

  • Kamera kuad 64MP dengan 20x digital zoom (Reno3 Pro)

Untuk melengkapi keistimewaan yang terdapat pada OPPO Reno3 Pro ini, ianya telah dipersenjatakan dengan sistem kuad kamera yang membariskan 64MP kuad kamera yang hadir dengan 5x hybrid zoom dan 20x digital zoom serta imej berkualiti tinggi pada kedudukan yang jauh dan tidak lupa dengan fungsi Ultra Clear 108MP Image, untuk gambar yang sangat jelas! Kalau tak percaya, tengok gambar di bawah ni.

 

Kamera hadapan OPPO Reno3 ini pula telah dimuatkan dengan lubang ‘dual’ kamera pada skrin Super AMOLED. Ianya juga hadir dengan kamera depan 44MP ultra-high pixel dan 2MP kedalaman lensa kamera. Kedua-dua ciri ini menjadikan ia memiliki kamera dengan kedalaman tepat serta mampu memberikan ultra-clear selfies terbaik.

Dalam pada masa yang sama juga, kamera peranti ini mampu untuk mengekalkan kecantikan semulajadi penggunanya walaupun dalam persekitaran yang terlalu terang.

Selain daripada itu juga, kamera OPPO Reno3 Pro ini juga turut dilengkapi dengan fungsi Dual Lens Bokeh baru yang menggunakan algoritma dwi kamera bagi mendapatkan kesan bokeh yang terbaik. Tambahan lagi, bahagian tepi gambar yang diambil dari kamera OPPO Reno3 Pro ini juga mampu untuk menghasilkan gambar yang lebih tajam dan kecerunan latar belakang tepat.

Bercakap berkenaan kejelasan gambar, pasti anda risaukan kualiti kamera depan yang kebanyakannya amat mengecewakan khususnya bila bergambar pada waktu malam. Kini anda tak perlu berasa kecewa lagi kerana kamera hadapan OPPO Reno3 Pro ini telah dilengkapkan dengan Ultra Night Selfie Mode. Dijamin anda pasti akan berpuas hati dengan gambar selfie anda lepas ni.

Bagi rakaman video pula, OPPO Reno3 Pro ini telah dilengkapi dengan ciri Ultra Steady Video, Bokeh Effect Video, Noise reduction serta audio zoom. Menarik bukan? Ianya sekaligus membuatkan peranti ini mudah digunakan untuk aktiviti outdoor seperti joging, berbasikal dan sebagainya.

  • Ultra Dark Mode

Selain dari itu, ciri Ultra Dark Mode yang terdapat pada kamera peranti ini juga agak istimewa. Ciri ini membolehkan anda untuk merakam gambar di tempat yang agak gelap dengan hasil yang jelas dan berkualiti tinggi. Hasilnya dijamin memuaskan.

  • Perbezaan menggunakan Ultra Dark Mode dan tanpa Ultra Dark Mode

  • Memori Ram 8GB dan storan besar sehingga 256GB ROM

Peranti OPPO Reno3 Pro ini hadir dengan memori RAM 8GB serta storan 256GB. Sekiranya memori masih tidak mencukupi, ia ada menyediakan sokongan kad MikroSD untuk menampung peranti anda menyimpan pelbagai aplikasi yang bersaiz besar.

Dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti sebanyak 4000 mAh, ianya juga turut hadir bersama teknologi pengecasan yang pantas dan selamat serta dilindungi dengan 5 lapisan yang meliputi kesemua aspek proses pengecasan.

  • Ultra Macro Mode

Dalam pada itu juga, peranti ini turut didatangkan dengan mode kamera Ultra Macro. Mode ini membolehkan anda untuk menangkap gambar secara dekat tanpa meninggalkan sebarang butiran mahupun perincian terhadap gambar yang diambil.

  • Ultra Wide Angle

Mode ultra sudut lebar yang turut dilengkapi pada peranti ini juga membolehkan gambar landskap ditangkap walaupun di kawasan yang sempit.

Skrin 6.5 inci AMOLED Full HD

Bukan sahaja itu, peranti ini juga hadir dengan skrin 6.5-inci AMOLED dengan resolusi HD penuh dan kaca Corning Gorilla Class 6 di atasnya. Kelebihan skrin tersebut adalah ianya mampu menawarkan tahap keterangan yang bersesuaian walaupun ketika berada di kawasan yang terang disamping dapat menjimatkan tenaga yang diguna pakai oleh peranti tersebut sebanyak 6%.

1. Ganjaran Hadiah Percuma Untuk Diberi (Bermula dari 9 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020)

Macam mana nak dapatkan hadiah percuma ni? Senang sahaja caranya, anda cuma perlu:

-Beli OPPO A Series, anda layak mendapat OPPO Bagpack yang bernilai RM199

-Beli OPPO Reno Series, anda bakal mendapat hadiah percuma berupa OPPO Enco W31 yang bernilai RM259

-Beli OPPO Find X2 Series, anda berhak menerima OPPO Enco Free yang bernilai RM499 secara percuma

Semua pelanggan berpeluang memenangi hadiah percuma seperti diatas dengan pembelian daripada OPPO Concept Store, Authorised Dealer Store, OPPO Official Website, E-commerce Partner, Telco Partner dan Chain Store Partner.

2. 100 Hadiah Daripada OPPO Yang Best Untuk Dimenangi Setiap Hari

Nak tahu caranya? Mudah saja. Sekiranya anda membeli mana-mana telefon OPPO dari 9 Mei hingga 31 Mei 2020 ini, anda layak untuk menyertai dan memenangi peraduan ini.

Bermula 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020 ini, OPPO akan melakukan cabutan bertuah di laman Facebook OPPO Malaysia pada jam 8 malam setiap hari. Dalam peraduan itu, sebanyak 10 peserta yang dipilih akan menerima hadiah utama berupa 100% Cash Back, 30 pemenang di tempat kedua pula akan mendapat OPPO W31 bernilai RM259 atau Fujifilm Instant Printer bernilai RM548, dan 60 baucer e-wallet untuk pemenang ditempat ketiga yang bernilai RM30.

Untuk hadiah utama 100% Cash Back, ianya bermaksud sekiranya anda membeli OPPO Find X2 Pro pada harga RM 4599, OPPO akan mengembalikan wang anda semula sama dengan harga yang anda telah bayar. Ini bermakna, OPPO akan memberikan OPPO Find X2 Pro itu secara percuma sahaja kepada anda! Menarik kan?

Untuk menyertai cabutan bertuah ini, anda hanya perlu muat turun aplikasi MY OPPO, klik pada banner dan isi maklumat diri. Setelah disahkan oleh OPPO, anda akan menerima SMS untuk nombor bertuah anda. Senang bukan?

Jangan lupa untuk tunggu live OPPO pada jam 8 malam setiap hari di Facebook OPPO. Jika nombor anda bertuah, ambil screenshot segera dan beri komen “I’m lucky winner of… (kategori yang berjaya)” dan dapatlah hadiah tersebut. Contohnya: “I’m the lucky winner of 100% Cash Back”.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat rebut cabaran OPPO untuk nikmati ganjaran yang hebat ni!

  • Berikut adalah perbandingan diantara model Reno3 Pro dan Reno3:

Kepada anda yang ingin membeli peranti ini, boleh dapatkan melalui dengan hanya klik di nama peranti pilihan anda atau terus mengunjungi OPPO online Store:

Untuk makluman, OPPO Reno3 ni hanya terdapat dalam stok yang terhad sahaja. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkannya segera sementara stok masih ada.

Aqmal Ezany

I write what is right