Siakap Keli
Gambar: @snabehh

Satu Keluarga Di Singapura Salah ‘Order’, Terbeli Sampai 70 Kotak Keropok Untuk Hari Raya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa aktiviti membeli kelengkapan raya seperti baju, perabot mahupun makanan.

Namun, situasi agak berbeza terjadi kepada sebuah keluarga di Singapura apabila mereka terlebih belanja sempena sambutan Hari Raya.

Melalui perkongsian oleh seorang pengguna Twitter warga Singapura yang digelar Shan, keluarganya  dikatakan tidak sengaja terbeli sehingga 70 kotak keropok.

Gambar: @snabehh
Gambar: @snabehh

Menurut Shan, pak ciknya itu sebenarnya hanya ingin membeli 70 bungkus sahaja.

Namun, disebabkan sedikit masalah komunikasi dengan pembekal, pak ciknya harus membayar 70 buah kotak keropok yang diterimanya. Setiap kotak tersebut mengandungi 4 hingga 5 bungkus keropok.

Gambar: @snabehh

Sumber: @snabehh

Adib Mohd

Nur Farra