Siakap Keli
FOTO: PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

“Seekor Badan Patah Dan Seekor Lagi Dibakar,” 2 Ekor Anjing Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh Dengan Kejam

Walaupun banyak kempen kesedaran tentang pembunuhan haiwan ini banyak disebarkan tetapi masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mendera dan mebunuh haiwan yang tidak bersalah.

Terbaru, beberapa keping gambar dua ekor anjing jalanan didakwa dibunuh dengan kejam. Kejadian ini dilaporlan berlaku di Kuantan, Pahang.

Persatuan Haiwan Malaysia telah berkongsi kisah duka dua ekor anjing jalanan yang dikatakan ceria kerana sering diberi makan oleh invidu yang baik hati kini bertukar dengan tragedi. Ikuti perkongsian lanjut tentang haiwan ini.

Keceriaan dua ekor anjing jalanan yang sering diberi makan dan minum oleh seorang penanggungjawab berakhir dengan pembunuhan ngeri. Kejadian berlaku di Kuantan, Pahang dan satu laporan kepada pihak berkuasa telah dibuat oleh saksi.

Seekor anjing berwarna Bi Chocolate ditemui mati dengan kesan badan berlipat patah, kaki berikat dan dicampak ke tong sampah manakala seekor lagi berwarna Bi Black ditemui mati dengan ikatan jaring dan tubuhnya dibakar. Tidak dipastikan sama ada anjing tersebut diracun terlebih dahulu atau mati dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar.

Kerajaan dan pihak berkuasa terlibat perlu memikirkan bagaimana memberi kesedaran dan pendidikan mantap kepada masyarakat mengenai kesantunan terhadap haiwan. Malah penambah baikan Akta Kebajikan Haiwan 2015 juga sudah boleh mulai dilakukan dengan memasukkan HUKUMAN SEBATAN terhadap mana-mana pelaku yang menzalimi haiwan hingga cedera parah atau mati.

Jika tidak berpuas hati terhadap keadaan haiwan jalanan. Bukan dengan cara bertindak sendiri membunuh. Tetapi maklumkan kepada pihak berkuasa untuk pengurusan haiwan jalanan atau bersama mana-mana badan pengurusan haiwan untuk mengurusnya.

Beberapa keping gambar telah dikongsikan dan sangat menyedihkan apabila haiwan tersebut dibunuh dengan kejam tanpa ada sifat keperimanusiaan. Kaki diikat dan dibakar serta di buang ke dalam tong sampah. Gambar-gambar ini telah menyentuh hati masyarakat yang kesal dengan sifat manusia tidak bertanggungjawab.

 

 

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang