Siakap Keli

TERKINI: 37 Kes Baharu COVID-19, Dukacita 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 37 kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini sebanyak 6,978 kes.

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,218 kes.

“Daripada 37 kes itu, dua (2) daripadanya adalah kes import, manakala 35 kes lagi adalah kes tempatan dengan 22 kes daripadanya melibatkan warga asing.

“Sebanyak 11 kes kini dirawat di unit rawatan rapi serta enam kes memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Hisham menambah, terdapat satu kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian terkini berjumlah 114 kes.

“Kematian tersebut melibatkan kes ke-6,492, iaitu seorang wanita warganegara Malaysia berumur 77 tahun yang ada latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan barah hati.

“Mangsa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Pahang dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mei (semalam), pukul 3.09 pagi,” tambahnya lagi.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.