Siakap Keli

(Video) Mat Saleh Ini Kagum 15 Langkah Malaysia Lawan Covid-19, Siap Puji Jemaah Tabligh

Tular satu video daripada sebuah laman Facebook Other Side of the Truth mengenai keterujaan rakyat dari negara luar tentang cara Malaysia menangani wabak pendemik Covid-19 yang melanda di negara ini sejak awal tahun lalu.

Berdasarkan video ini, seorang lelaki telah menerangkan 15 perkara yang mustahil untuk negara lain lakukan tetapi Malaysia berjaya dengan sokongan rakyat dan pemimpin.

Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah Kesihatan dan rakan-rakan ‘frontliner’ juga tersenarai antara golongan yang terhebat semasa melawan wabak Covid-19 ini.

Ini 15 perkara yang dilakukan oleh rakyat Malaysia;

15. Sumbangan daripada badan bukan kerajaan

Kita semua tahu bahawa banyak badan bukan kerajaan yang menjadi sukarelawan untukĀ  mengambil peluang membantu rakyat yang mengalamai kesusahan semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini.

14. Top doktor

Insan yang paling popular semasa yang mnengendali wabak Covid-19 ini adalah Datuk Noor Hisham yang merupakan seorang doktor top di dunia.

13. Perintah Kawalan Pergerakan

Ini meruapakn perkara yang paling sukar untuk dikendalikan namun di Malaysia tidak, seluruh masyarakat berkerjasama dengan baik.

12. Sukarelawan tidak secara langsung

Ramai orang menjadi sukarelawan secara tidak langsung daripada pelbagai agensi untuk membantu menyalurkan bantuan seperti bekalan makanan.

11. Bina hospital sementara

Malaysia membina hospital sementara yang begitu efisen dan cepat. Ia mengambil masa untuk ditubuhkan hanya tiga hari di MAEPs, Serdang Selangor.

10. Kluster tabligh

Lelaki ini juga memuji sifat sabar dan tidak pernah komplain tentang fasiliti yang diberikan semasa mereka menerima rawatan sebagai mangsa positif Covid-19.

9. Bank

Bank Negara Malaysia telah memberi penangguhan bayaran balik selama 6 bulan.

8. Universiti

Memberi penginapan secara percuma dan bekalan makanan kepada pelajar yang terkandas di sana.

7.Wang saku

Kerajaan memberi wang saku kepada hampir 4 milion isi rumah iaitu sebanyak RM 1,600.

6. Tidak mengendah tentang politik

Semua pemimpin parti berkerjasama membantu melawan Covid-19

5. Dewan awam

Dewan ini dibina untuk menjaga kebajikan insan yang terkandas seperti orang gelandangan dan pekerja asing yang tidak mempunyai tempat tinggal.

4. Orang Malaysia yang pulang dari luar negara

Mereka yang dibawa pulang ke Malaysia semasa wabak ini diberikan tempat kuarantin iaitu sebuah hotel yang cukup lengkap dan selesa secara percuma.

3. Menghormati ‘frontliner’

Katanya lelaki ini dalam video tersebut, dia tidak pernah melihat orang yang menghormati dan menyayangi pekerja barisan hadapan.

2. Menyediakan PPE

Walaupun ada isu di mana PPE tidak mencukupi pada awal penularan Covid-19 namun dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia, semua agensi bertungkus lumus membantu memastikan bekalan PPE mencukupi untuk para barisan hadapan negara.

1. Berkerjasama dalam satu kumpulan

Tidak kiranya pangkat dan usia, seluruh rakyat Malaysia membantu menangani masalah ini.

Untuk lebih menarik, korang kena tonton video dibawah.

 

 

Sumber: Other Side of the Truth

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang