Siakap Keli

(Video) Murid Berebut Sorok Bawah Meja Ketika Gempa Bumi Di Yunnan, Empat Terbunuh Dan 23 Cedera

Empat orang terbunuh dan 23 lagi cedera ketika gempa menggegarkan wilayah Yunnan China barat daya, kata pihak berkuasa tempatan pada hari Selasa (19 Mei).

Klip video di platform Twitter seperti Weibo menunjukkan pembeli yang sedang berbelanja di sebuah kedai terkejut apabila barangan tiba-tiba jatuh dari rak, sementara pelajar di sebuah kelas berebut bersembunyi di bawah meja sebelum menutup kepala dengan buku teks.

Gempa itu melanda bandar Zhaotong, dengan populasi lebih dari enam juta, dan mencatatkan skala 5.0.

Menurut laporan, China kerap dilanda gempa bumi, terutama di kawasan pergunungan barat dan barat daya.

Gempa berkekuatan 6.0 pada wilayah Sichuan tahun lalu mengorbankan 13 orang dan mencederakan hampir 200 orang, serta merosakkan sejumlah besar struktur bangunan.

Gempa berkekuatan 7.9 di Sichuan pada tahun 2008 menyebabkan 87,000 orang mati atau hilang.

Sumber: Sixth Tone, Bloomberg QuickTake, Channel News Asia

Nur Farra