Siakap Keli

Walau Masih Kecil, Anak Buah Arwah Chef Adamdidam Berzikir Lebih 7000 Kali Selepas Tahu Kelebihan Ramadan

Biasa kita dengar, kanak-kanak yang usianya belum mencecah tujuh tahun, tidak ramai yang telah dididik untuk melatih diri berpuasa di bulan Ramadan.

Mungkin usia itu agak terlalu awal untuk fizikal mereka merasai letih lapar dan dahaga sepanjang hari.

Namun, situasi tersebut agak berbeza bagi seorang anak buah kepada tukang masak selebriti terkenal, Allahyarham Chef Adamdidam.

Baru-baru ini, anak kecil tersebut, Fatimah, 6, membuktikan kepada ibunya bahawa dirinya yang masih kecil itu juga mampu menjalani ibadah Ramadan seperti orang lain.

Ibunya memuat naik sekeping foto ke Instagram @thefamily.uk yang memaparkan dirinya sedang duduk di atas sejadah sambil tangannya memegang sebuah tasbih digital dalam keadaan bertelekung.

Namun, ada satu kisah menarik yang dikongsikan ibunya tentang gambar tersebut.

Mari kita baca hayati apa yang diceritakannya menerusi kapsyen gambar berkenaan.

View this post on Instagram

I finally learned the real meaning of true love from my six-year-old daughter, Fatimah…As soon as she found out that our good deeds will be multiplied by Allah in the holy month of Ramadhan, her digital tasbeeh has become her new best friend since the start of Ramadhan. They have become literally inseparable – we even found her asleep with her tasbeeh still in her hands many times! Since the beginning of Ramadhan until now, Fatimah has done 7400 dzikir and counting! The number is impressive for a six-year-old, but there’s a reason behind all her hard work and determination… One day, I overheard Fatimah's du’a: "Ya Allah, please accept my dzikir and my good deeds, and send them as a gift to my beloved Mamajee." I didn’t expect that, coming from a six-year-old. I then said, "You’ve asked Allah to send all of your dzikir and your good deeds to your Mamajee, so what about you? What do you ask for yourself from Allah?" She then boldly replied, "NOTHING." That’s it. Just one word came out from her mouth. She asks for nothing, she wants nothing, and she expects nothing for herself. This is love. This is pure love. Written by Mrs Mom #SundayWithAdam 💛 24th Ramadhan 1441 AH

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Saya akhirnya belajar tentang erti sebenar cinta daripada anak perempuan saya yang berusia enam tahun, Fatimah.. Sebaik sahaja dia mengetahui bahawa setiap amal soleh akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah Taala sepanjang bulan Ramadan, sebuah tasbih digital telah menjadi sahabat karib baharunya sejak awal Ramadan lalu.

Mereka berdua kelihatan seperti tidak dapat dipisahkan, kami selalu melihat dia tidur bersama tasbih di tangannya banyak kali! Sejak mula Ramadan sehingga sekarang, Fatimah sudah berzikir sebanyak 7,400 kali dan sekarang masih lagi berjalan! Angka itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tapi sebenarnya ada sebab lain di sebalik kesungguhannya itu..

Pada satu hari, saya terdengar Fatimah berdoa;

“Ya Allah, terimalah zikir ini dan amal soleh saya, dan berikanlah ia sebagai hadiah buat Mamajee kesayangan saya,”

Saya sangat tidak menyangka, doa sebegitu datang dari kanak-kanak enam tahun. Kemudian saya bertanya kepadanya, “Kamu berdoa kepada Allah agar memberi semua amalan kebaikan kamu untuk disedekahkan kepada Mamajee, tapi kamu pula bagaimana? Apa yang kamu harapkan dari Allah untuk diri kamu sendiri?”

Jawab Fatimah, “TIADA,”. Itu sahaja, hanya satu perkataan yang muncul dari bibirnya. Dia tidak mengharapkan apa-apa, tidak mahu apa-apa dan tidak memerlukan apa-apa untuk dirinya sendiri. Inilah cinta. Inilah cinta sejati.

Written by Mrs Mom
#SundayWithAdam 💛
24th Ramadhan 1441 AH

Sumber: Instagram

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.