Siakap Keli
Foto: Twitter

Ahli Group Suami Masak Apa Hari Ini Sangat Sporting, Ramai-Ramai Bantu Peniaga Lepas Air Jualan Habis Tumpah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila ada orang dalam kesusahan pasti banyak ‘tangan’ yang ingin membantu tambah-tambah lagi bila musim Perintah Kawalan Pergerakan. Ramai yang pendapatan harian mereka terjejas.

Namun, sifat keharmonian rakyat Malaysia ditunjuk oleh segelintir pengguna Facebook di dalam sebuah page iaitu Suami Masak Apa Hari Ini?

Menerusi perkongsian daripada Asnawi Yusof, seorang ahli kumpulan page tersebut mengalami kesusahan apabila barangan yang ingin dijual habis musnah sebab terjatuh. Apa yang menjadi perhatian adalah ada insan-insan yang mulia memberi pertolongan kepadanya.

 

Tengok lagi ni ramai bro nak bantu. Moga kita para lelaki menjadi lebih baik dalam hal keluarga. Bantu tugasan rumah, bantu jaga anak, bantu masak, jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Jadi, tidak salah kita smaa-sama menolong insan yang serba kekurangan supaya kita juga mendapat syafaat dariNya.

 

Sumber: Asnawi Yusof

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang