Individu yang pulang dari luar negara dan dikuarantin di hotel akan dikenakan caj 50 peratus bermula 1 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Bagi warganegara Malaysia yang pulang ke negara dan dikuarantin wajib, mereka diminta untuk membayar 50 peratus daripada kadar penuh daripada bayaran hotel, iaitu separuh daripada RM150 yang dikenakan.
“Separuh ditanggung oleh individu yang dikuarantin, separuh ditanggung oleh kerajaan.
“Walau bagaimanapun, bagi yang bukan warganegara Malaysia termasuklah pemastautin tetap dan lain-lain, mereka akan dikenakan caj hotel sepenuhnya.
“Bermakna mereka akan tanggung semua caj yang dikenakan kepada mereka,” katanya dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara langsung, hari ini.
MKN putuskan kenakan caj 50 peratus kepada semua individu dikuarantin di hotel bermula 1 Jun – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri
Posted by Bernama TV on Tuesday, 19 May 2020
MKN PUTUSKAN KENAKAN CAJ 50% KEPADA SEMUA INDIVIDU DIKUARANTIN DI HOTEL BERMULA 1 JUN 2020#COVID19#StayAtHome#MovementControlOrder#PerintahKawalanPergerakan#KitaMestiMenangIsmail Sabri Yaakob Kementerian Pertahanan Malaysia Jabatan Perdana Menteri Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Wednesday, 20 May 2020
Sumber: MKN