Siakap Keli
Gambar Hiasan via The Moscow Times

Helikopter Tentera Rusia Dilapor Terhempas, Korbankan Semua Kru

Sebuah helikopter milik tentera Rusia telah terhempas di utara Moscow pada lewat Selasa, membunuh kesemua kru didalamnya, lapor agensi berita RIA Novosti.

Helikopter model Mi-8 milik Tentera Udara Rusia itu telah dilaporkan terhempas semasa latihan berdekatan bandar Klin, 50 batu daripada Moscow.

“Pada 19 Mei, sekitar 20:00, ketika melakukan latihan penerbangan 20 kilometer daripada perkampungan Klin, sebuah helikopter milik Tentera Udara Rusia MI-8 telah melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan yang tidak berpenghuni. Akibat daripada pendaratan tersebut, kru yang berada di dalam helikopter itu telah terkorban kerana tercedera”, kata Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.

“Menurut maklumat awal, kemalangan tersebut berpunca daripada kerosakan teknikal”, tambahnya.

Helikopter itu telah terbang tanpa membawa sebarang peluru ketika kejadian. Kementerian Pertahanan Rusia walau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kematian, namun agensi berita Rusia melaporkan bahawa seramai tiga anak kapal telah terbunuh dalam kejadian itu.

MI-8 adalah helikopter turbin berkembar keluaran Rusia yang sering digunakan untuk mengangkut orang awam serta tentera.

Pada 2018, sebuah helikopter model yang sama juga telah dilaporkan terhempas sejurus selepas ianya berangkat daripada Siberia. Nahas tersebut telah mengorbankan 18 orang termasuk tiga anak kapal.

Sumber: The Moscow Times

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa