Siakap Keli
Gambar: AFP/Google

Hospital Mumbai ‘Lumpuh’, Jumlah Pesakit COVID-19 Terlalu Ramai

Suasana di sebuah hospital di Mumbai, India kini berada dalam keadaan tidak terkawal kerana jumlah pesakit COVID-19 yang terlalu ramai.

Seorang pemuda bernama Ravi terpaksa menukarkan lampin ibunya sendiri yang sedang nazak kerana dijangkiti wabak COVID-19 di Lokmanya Tilak Municipal General Hospital atau lebih dikenali sebagai Hospital Sion.

“Mereka hanya berikan ubat dan kemudian mereka pergi,” kata Ravi. Katanya lagi, kakitangan di hospital itu kepenatan dan tidak dapat rehat kerana perlu merawat pesakit yang ramai dan kadangkala sehingga tiga orang atas satu katil.

Ravi kini juga dijangkiti wabak tersebut dan sedang dirawat di hospital lain selepas empat fasiliti perubatan enggan menerimanya.

Menurut seorang doktor, ruang yang terhad dan ahli keluarga yang tidak boleh menuntut menyebabkan pengurusan mayat pesakit COVID-19 sukar untuk diuruskan.

“Kami tidak mempunyai katil yang mencukupi untuk menampung pesakit yang semakin ramai. Ruang kecemasan penuh hanya dalam beberapa jam,” kata Aditya Burje, seorang doktor muda di Hospital Sion.

“Kami bertemu dengan 50-100 orang pesakit dalam sehari. 80% daripadanya berkemungkinan positif dan selebihnya memerlukan oksigen,” katanya lagi.

“Jika ada apa-apa yang terjadi, siapa pula yang akan menjaga saya?” Ujar Burje.

Negara India sehingga kini telah mencatatkan lebih 100,000 kes menjadikan negara tersebut sebagai negara ke-11 yang mencatatkan kes melebihi 100,000.

Sumber: Yahoo News

Adib Mohd

Nur Farra