Menerusi kenyataan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia berkata kerajaan bersetuju untuk menyalurkan pembayaran bantuan khas tahun 2020 kepada 6,000 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berjumlah RM500 secara sekali bayar atau ‘one-off’.
“Pembayaran ini akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun bank kakitangan KTMB mulai 21 Mei 2020 bersama dengan bayaran gaji untuk bulan Mei 2020,” katanya.
Kementerian sememangnya peka dan prihatin dengan nasib yang menimpa warga KTMB ketika ini. Tambahan pula terpaksa berdepan dengan cabaran akibat pandemik Covid-19.
Beliau berharap agar dengan adanya pembayaran bantuan RM500 ini sedikit sebanyak dapat menceriakan warga KTMB khususnya bagi meraikan hari perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sumber: Twitter Bernama