Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kes Baru COVID-19 Di Kelantan Libatkan Individu Dari Zon Merah Di Ampang Pulang Ke Kampung – KKM

Putrajaya, 20 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes positif COVID-19 melibatkan seorang wanita yang pulang ke Kelantan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, wanita yang hamil 35 minggu itu berasal dari Ampang dan merancang untuk bersalin di negeri Kelantan.

“Kita sedia maklum negeri Kelantan ialah zon hijau. Kes ini melibatkan individu balik kampung dari Ampang, zon merah.

“Apabila kes ini sampai ke kampung dan ke klinik kesihatan untuk menjalankan saringan kesihatan. Kes ini mengandung 35 minggu dan hasratnya untuk melahirkan bayi itu di kampung.”

Wanita itu disahkan positif COVID-19 ketika menjalani ujian koronavirus di klinik tersebut.

Tambahnya, pihak KKM sedang menjalankan saringan kontak rapat dan siasatan bagi mengenalpasti sama ada pesakit dijangkiti ketika berada di zon merah atau sebaliknya.

“Kita sedang menjalankan siasatan dan bila ada keputusan, baru boleh maklum pada semua,” katanya.

Makluman mengenai kes tersebut bermula pada minit 27:51.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.